Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
137) DASAR KEBAJIKAN KERAJAAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jumlah sumbangan yang diberi kepada persatuan kebajikan seperti rumah anak yatim atau rumah orang cacat. Nyatakan secara terperinci jenis sumbangan yang dihulurkan kepada setiap badan kebajikan
Seperti dilampiran
-
Sama ada kerajaan menyemak semula akaun dan aktiviti-aktiviti persatuan kebajikan setiap tahun
Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa memantau aktiviti-aktiviti dan menyemak semula akaun bagi semua Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang menerima geran dari Jabatan ini melalui :-
- Wakil Jabatan ini menghadiri mesyuarat Exco/Tahunan sebagai pegawai Ex-Officio.
- Lawatan pemeriksaan berjadual ke pusat-pusat berkenaan.
- Pemantauan belanjawan pusat-pusat tersebut melalui laporan audit tahunan.
- Pemantauan melalui laporan-laporan aktiviti/kemajuan tahunan yang dihantar ke Jabatan ini.
-
Adakah kempen menyumbangkan beras kepada masyarakat pada bulan Jun dan Julai 2008 ini dapat membasmikan kemiskinan? Sila nyatakan kebaikan dan kelemahan kempen ini.
Di luar bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat.