Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
75) DASAR HUBUNGAN DOMESTIK ANTARA NEGERI-NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor berkaitan Hubungan Domestik antara Negeri-negeri dalam Malaysia?
Pada ketika ini tiada suatu dasar khusus di pihak Kerajaan Negeri berkaitan hubungan domestik antara Negeri – negeri dalam Malaysia.
-
Berapakah jumlah perdagangan antara Selangor dan negeri-negeri dalam Malaysia?
Tidak ada mekanisme khusus untuk mengesan jumlah perdagangan antara Negeri Selangor dengan negeri – negeri lain seperti sistem percukaian yang terlibat.
-
Nyatakan pelaburan Selangor dalam negeri-negeri dalam Malaysia?
Sehingga kini tiada pelaburan Selangor dalam negeri – negeri dalam Malaysia.