Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

201) DASAR GREEN TEKNOLOGI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Pelan Tindakan Dasar Green Teknologi Selangor?

    Terdapat sembilan (9) teras di dalam Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor:-

    • Perbandaran Hijau melalui Bandar Rendah Karbon Selangor                   Penggunaan kenderaan Hijau
    • Perolehan hijau
    • Pelaburan hijau
    • Pemasangan bumbung solar bagi projek perumahan Selangorku
    • Pemasangan bumbung solar dan lampu LED di bangunan premis Kerajaan
    • Pusat Data Hijau
    • Kitar Semula Air Sisa
    • Program Simbiosis Industri

     

     

     

    Kesemua sembilan (9) tindakan utama Teknologi Hijau Negeri Selangor akan di laksanakan mengikut carta seperti di bawah: –

     

  2. Apakah usaha kerajaan bagi memastikan Dasar Green Teknologi dapat dilaksanakan sepenuhnya di Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor sedang mengusahakan bagi penubuhan Majlis Teknologi Hijau Negeri Selangor dan perancangan-perancangan strategik sedang di rangka melalui Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau Negeri Selangor.

  3. Sehingga kini, apakah status pencapaian mengikut peratusan perlaksanaan dasar ini mengikut PBT?

    Setakat ini,  Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau Negeri Selangor baru sahaja membentangkan dasar & pelan tindakan teknologi hijau kepada Kerajaan Negeri dan pelaksanaan masih belum bermula bagi tahun 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.