Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

17) DASAR EKONOMI PENJAGAAN SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang telah dilaksanakan setelah pelancaran Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor?

    Antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakan setelah pelancaran Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor ialah melalui program dan inisiatif seperti berikut:

    1)      Penubuhan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Perkhidmatan Penjagaan Negeri Selangor (JKPPP)

    Jawatankuasa ini berfungsi untuk menyemak, menilai dan menambah baik garis panduan berkaitan perkhidmatan penjagaan bagi kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU). Untuk tujuan tersebut, Kerajaan Negeri dijangka akan mengemukakan garis panduan yang telah dinilai dan ditambah baik pada suku ketiga tahun 2025.

    2)      Geran Pusat Jagaan (GPJ) 2025

    Kerajaan Negeri sedang melaksanakan pemberian GPJ bagi menggalakkan pengusaha taska, pusat jagaan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) menjalankan operasi secara sah dengan mendaftar operasi mereka dengan pihak berwajib. Pemberian geran yang berjumlah sehingga RM5,000.00 juga bertujuan untuk membantu pengusaha menampung kos pendaftaran yang melibatkan penyediaan pelan bangunan, pengubahsuaian dan pematuhan kepada agensi teknikal. Untuk makluman, permohonan geran dibuka sepanjang tahun dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM400,000.

    3)      Selangor Care Accelerator Program (XCare) 2025

    Xcare merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi untuk mempercepat pertumbuhan sektor penjagaan di Selangor dengan memberi sokongan kepada perniagaan dalam industri ini. Inisiatif ini akan membantu perniagaan penjagaan berkembang dengan lebih cepat melalui latihan dan bengkel intensif, bimbingan menerusi sesi mentoring, lawatan industry, pendedahan kepada kemahiran pitching dan menghubungkan periagaan dengan pelabur dan penyedia dana untuk mempercepat pertumbuhan.

    4)      Selangor International Care Summit 2025

    Program ini yang bertujuan untuk menggalakkan inovasi dalam industri penjagaan bagi membentuk mencapai matlamat Selangor menjadi hab ekonomi penjagaan di Malaysia. Terdapat tiga (3) komponen program ini iaitu forum, ekspo dan padanan perniagaan. Program ini dijangka akan dilaksanakan pada 9 hingga 11 Oktober 2024 bersempena penganjuran Selangor International Business Summit (SIBS).

    5)      Advokasi dan Promosi Ekonomi Penjagaan

    Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, mengubah stigma, persepsi dan budaya negatif berkenaan penjagaan dan mendorong kerjasama semua pihak dalam penjagaan menerusi tanggungjawab bersama, Kerajaan Negeri akan melaksanakan pelbagai bentuk kempen yang berterusan. Kempen akan dilaksanakan di platfomm digital dan menerusi program outreach di peringkat komuniti.

  2. Bagaimana Kerajaan Negeri berusaha untuk mewujudkan ekosistem penjagaan yang berdaya saing dan mampan, yang melibatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta, di bawah dasar ini?

    Ekosistem dan jaringan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta ditekankan menerusi Teras Pelaburan dan Kerjasama dalam Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri sentiasa menggunakan strategi kerjasama pintar bagi dengan melibatkan pemegang taruh dalam kalangan pakar, profesional dan aktivis dalam bidang penjagaan menerusi pelbagai inisiatif dan program.

    Sebagai contoh, pelaksanaan JKPPP dibuat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensiteknikaltermasuklah Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menilai, menambah baik dan menyediakan garis panduan perkhidmatan penjagaan di Selangor yang boleh diguna pakai oleh para pengusaha dalam industri penjagaan.

    Seterusnya, Selangor International Care Summit 2025 akan menghimpunkan pelbagai pemegang taruh termasuklah pakar bidang, universiti, pengusaha pusat jagaan, pembangun produk, pelabur, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan antarabangsa. Kerajaan Negeri menerusi Wanita Berdaya Selangor (WBS) sedang dalam proses mengenal pasti potensi kerjasama bagi melaksanakan program ini bagi memastikan program ini menghasilkan impak yang jelas.

    Antaranya termasuklah kerangka bertindak yang inovatif, potensi pelaburan, pengembangan perniagaan dan jaringan sokongan antara pemegang taruh.

Lampiran

Tiada Lampiran.