Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
142) DASAR-DASAR NEGERI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar-dasar Negeri Selangor yang dimansuhkan dan apakah dasar baru yang perkenalkan?
Kerajaan Negeri berhasrat memperkenalkan dasar merakyatkan ekonomi agar
kemajuan yang ada di Selangor dapat dikongsi bersama semua lapisan rakyat,
bukannya di kalangan kelompok kecil semata-mata. Misalnya pengenalan
bekalan air 20m3 percuma, program latihan dan kemahiran belia, meningkatkan kerjasama dengan badan kebangsaan seperti PEMUDAH dan Badan Antarabangsa Akauntabiliti bagi ketelusan pentadbiran.