Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
58) DASAR DAN POLISI MEMBENARKAN WARGA ASING MENJALANKAN PERNIAGAAN KECIL/ SEDERHANA DALAM NEGERI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Selangor untuk membenarkan warga asing menjalankan perniagaan kecil / sederhana dalam Negeri?
Semua PBT di Negeri Selangor pada masa ini tidak mengeluarkan lesen/ permit penjaja kepada warga asing dan dalam masa yang sama Kerajaan Negeri juga tidak berhasrat untuk membenarkan warga asing ini menjalankan perniagaan kecil.
-
Apakah dasar dan garis panduan Kerajaan Selangor untuk meluluskan lesen perniagaan yang dijalankan oleh warga asing atas nama syarikat yang mempunyai pengarah warganegara Malaysia?
Kerajaan Negeri tiada halangan terhadap PBT untuk menyokong permohonan lesen perniagaan warga asing atas nama syarikat yang mempunyai Pengarah warganegara Malaysia yang didaftarkan dalam SSM melalui syarikat Sdn Bhd. dengan syarat pemegang / penama lesen warga asing tersebut telah mempunyai visa dagang / visa sebagai pegawai dagang di atas nama syarikat yang terpakai seperti mana yang tertakluk di dalam syarat permohonan lesen perniagaan dan iklan PBT.