Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

59) DASAR DAN POLISI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa dasar dan polisi yang disyaratkan kepada syarikat-syarikat swasta/perniagaan bagi membantu pemeliharaan alam sekitar di bawah Negeri Selangor? (Contoh: Supermarket wajib sediakan tong sampah kitar semula/stesen petrol wajib sediakan tempat pembuangan bateri yang sudah tidak dipakai/ straw tidak dibenarkan diguna pada cafe, etc.)

    Ada

  2. Sekiranya ada, apakah syarat-syarat ataupun polisi terbaru yang ditetapkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini?

    Kerajaan Negeri Selangor telah mengedarkan Surat Pekelililng Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) SPBT Bil 1.2016: Cadangan Pengurangan Plastik Beg Plastik dan Polisterina Di Negeri Selangor bertarikh 2 Ogos 2016. Dasar ini menggariskan panduan dalam pelaksanaan larangan penggunaan beg plastik secara percuma oleh pengguna di premis-premis perniagaan seperti pasar raya, pasar raya besar, dan mini mart. Dasar ini turut melarang penggunaan bekas polisterina di negeri Selangor dalam usaha Kerajaan Negeri memelihara persekitaran agar lebih bersih dan selamat.

    Kerajaan Negeri turut mengedarkan Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) SPBT Bil.3/2019: Cadangan Pengurangan Penggunaan Straw Plastik Di Negeri Selangor bertarikh 24 Jun 2019. Pekeliling ini adalah terpakai kepada semua peniaga di restoran dan premis makanan/minuman di Negeri Selangor. Dasar ini melarang pemberian straw plastik secara automatik (‘default’) kepada pelanggan dan straw plastik hanya dibekalkan atas permintaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.