Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
236) DASAR DAN PERATURAN MENGENAI PEMBINAAN KUIL HINDU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar dan peraturan mengenai pembinaan kuil hindu di dalam kompaun rumah persendirian?
Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan kuil di dalam kompaun rumah persendirian adalah bercanggah dengan fungsi penggunaan rumah memandangkan ianya telah mengubah fungsi dan aktiviti yang dibenarkan bagi rumah kediaman. Walau bagaimanapun, pembinaan kuil yang bersaiz kecil dan hanya untuk kegunaan sendiri sahaja adalah dibenarkan dengan syarat tidak akan mengakibatkan kacau ganggu kepada kawasan kejiranan.
-
Apakah dasar dan peraturan mengenai pembinaan kuil hindu di luar kompaun rumah persendirian seperti di hadapan rumah individu, di tepi jalan dan di tanah milik kerajaan?
Bagi pembinaan kuil yang tidak mengikut kategori tanah yang telah diwartakan, tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan mengikut Garis Panduan Penguatkuasaan Tatacara Penguatkuasaan Ke Atas Rumah Ibadat Selain Islam Dan Tempat Penyembahan Yang Dibina Tanpa Kebenaran Di Negeri Selangor.