Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

63) DASAR DAN PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN WANITA SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan dasar dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Selangor

    Sebagai makluman, bagi memperkasakan wanita di peringkat akar umbi dengan latihan pembangunan kapasiti dan kemahiran, Insititut Wanita Berdaya (IWB) telah ditubuhkan sebagai badan pemikir dasar dan polisi dalam membantu Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga menjayakan misi pemberdayaan wanita di Selangor.

    Kerajaan Negeri juga telah melancarkan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan pada 4 Oktober 2017 yang lalu dan akan menjadi tunjang pembangunan wanita bagi negeri Selangor dari tahun 2017-2020 serta akan diperbaharui setiap tiga tahun mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.

    Di dalam Dasar Wanita Selangor, terdapat 5 titik tumpu utama dan 7 matlamat yang digariskan serta menyentuh setiap aspek pembangunan wanita melalui pendekatan yang holistik. 5 titik tumpuan utama tersebut adalah seperti berikut:-

    • Pengarusperdanaan gender dalam pembangunan
    • Ekonomi dan kehidupan
    • Kepimpinan dan perwakilan
    • Kesejahteraan dan keselamatan
    • Kreativiti dan inovasi

    Manakala bagi 7 matlamat pula adalah seperti berikut :-

     

    Matlamat 1 : menggalakkan kerangka pembangunan yang sensitif gender.
    Matlamat 2 : Meningkatkan status sosio ekonomi dan autonomi wanita yang terpinggir.
    Matlamat 3 : Merapatkan jurang gender di semua peringkat dan aspek pasaran buruh.
    Matlamat 4 : Mempercepatkan penyertaan, perwakilan dan pembuatan dalam kehidupan awam dan politik dalam kalangan wanita.
    Matlamat 5 : Meningkatkan kesihatan, kesejahteran dan mobiliti wanita.
    Matlamat 6 : Bebas daripada keganasan, bebas daripada ketakutan.
    Matlamat 7 : Menzahirkan bakat kreatif.

    Dasar Wanita Selangor juga turut mempersiapkan golongan wanita dan Kerajaan Negeri untuk mendepani industri 4.0 dengan mengambil kira usaha pemerkasaan wanita dari sudut sosio ekonomi, membanteras keganasan terhadap wanita dan pemerkasaan undang undang demi keadilan gender, memperkenalkan ‘Gender Responsive Budget’ dan juga ‘Gender Election Reform’ bagi memastikan wanita mampu berdaya saing termasuklah dengan lelaki dalam kehidupan awam dan juga ruang lingkup kehidupan peribadi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.