Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
175) DASAR BERKENAAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar Kerajaan secara menyeluruh yang menyentuh permasalahan struktur orang kelainan upaya (OKU) dan sejauh mana Kerajaan komited terhadap agenda ini?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan amat prihatin terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) khususnya di Negeri Selangor. Golongan Orang Kurang Upaya(OKU) yang merupakan sebahagian daripada masyarakat mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti masyarakat yang lain.
Hak-hak golongan OKU dimartabatkan dalam peruntukan Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) yang mentakrifkan OKU sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental,intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan,boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
Pendekatan berasakan hak atau right-based dan juga kerjasama bersepadu daripada semua pihak serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan serta pertubuhan bukan Kerajaan, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja sosial, sukarelawan dan masyarakat umumnya dalam memastikan perlaksanaan Dasar OKU ini dapat direalisasikan.
Pada tahun 2018, sejumlah RM967,846.25 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi penyediaan kemudahan kepada orang kurang upaya (OKU) kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Projek-projek menaiktaraf kemudahan OKU adalah seperti menambah bilangan petak kereta untuk OKU serta kemudahan-kemudahan lain yang mesra OKU seperti handrail, ramp dan laluan pejalan kaki khas ‘tactile’.
Pihak Kerajaan juga telah memberikan keistimewaan dan kemudahan kepada golongan OKU seperti berikut:
- Pengecualian bayaran My Kad, Sijil kelahiran dan Sijil Kematian
- Pengecualialian bayaran rawatan perubatan
- Pengecualian duti import alat tiruan/sokongan
- Program Pendidikan Khas/Integrasi/Inklusif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Elaun RM 150.00 sebulan kepada pelajar sekolah rendahdan menengah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Bantuan Kewangan pelajar OKU di IPT/Politeknik/Kolej Komuniti daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
- Diskaun/potongan 40%, yuran pengajian di Open Universiti Malaysia (OUM)
- Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam
- Waktu bekerja anjal
- Pencen terbitan kepada anak penjawat awam yang telah meninggal dunia
- Sistem penempatan OKU(SPOKU) daripada Kementerian Sumber Manusia
- Skim Bantuan Galakan Perniagaan (SBGP-OKU) daripada Kementerian Sumber Manusia
- Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan daripada LHDN
- Pengecualian cukai jalan daripada JPJ
- Pengecualian bayaran pembaharuan lesen memandu daripada JPJ
- Pengecualian duti eksais kenderaan OKU buatan Malaysia
- Diskaun tambang pengangkutan awam
- Pengecualian bayaran dokumen perjalanan (Passport)
- Pengecualian bayaran dan pembaharuan daftar syarikat/lesen perniagaan daripada SSM
- Potongan harga 20% pembelian rumah daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad
- Kadar sewa rumah yang rendah (PBT terpilih)
- Kemudahan perkhidmatan daripada Telekom Malaysia
- Khidmat nasihat dan kaunseling
- Institusi Pemulihan/Latihan OKU
- Bantuan daripada JKM kepada yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan;
- Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Elaun Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
- Bantuan OKU tidak berupaya Bekerja (BTB)
- Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Latihan Aperantis (BLA)
- Geran Pelancaran (GP)
- Bantuan Alat Tiruan dan Sokongan