Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

119) DASAR BELIA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan Negeri merancang untuk menganjurkan hackathon untuk pelajar, peminat teknologi dan pemimpin komuniti yang memberi tumpuan kepada penyelesaian isu tempatan melalui teknologi?

    Dasar Belia Selangor (DBS) 2020 diwujudkan adalah untuk menjadi garis panduan kepada pelaksanaan program Penggerak Belia Selangor (PeBS) bersama masyarakat di Selangor. Dasar program pendidikan digital, keselamatan siber dan literasi media sosial merupakan strategi penting bagi menggalakkan perkembangan digitalisasi ke arah Smart State. Buat masa kini, Kerajaan Negeri sedang mengkaji kaedah dan kos yang sesuai bagi pelaksanaan program hackhaton pada masa akan datang. Namun begitu, PeBS telah melaksanakan pelbagai program yang berasaskan teknologi seperti Bengkel Penciptaan Kandungan Digital, Seminar E-Invoice dan lain-lain.

  2. Adakah kerajaan ada rancangan untuk inisiatif untuk mengajar golongan belia tentang financial literacy?

    Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang berkaitan telah melaksanakan pelbagai program yang menjurus kepada pemerkasaan belia dan celik kewangan. Di agensi Kerajaan Negeri, antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti;

    1. Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)
    2. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan
    3. Pinjaman Mikro Kredit Hijrah Selangor
    4. Skim Pembiayaan Digitalisasi (GO Digital)
    5. Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC)
    6. Liga Usahawan OKU Selangor – SAY LEAD
    7. Liga Usahawan Eksport Selangor – SAY ASPIRE

    Setiap individu yang menyertai inisiatif ini mesti mengikuti kursus dan latihan jangka pendek dan jangka panjang.

Lampiran

Tiada Lampiran.