Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

62) DASAR BAHARU UNTUK MENANDATANGANI LUBANG JALAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jalan dikategorikan kepada jalan JKR, jalan PBT dan jalan kampung. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk melantik sebuah agensi khasnya untuk meronda dan melaporkan lubang jalan kepada pihak JKR, PBT, PTD dan tidak hanya bergantung kepada aduan orang awam?

    Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan semua Pejabat Daerah Tanah (PDT) sentiasa komited dalam penyelenggaraan jalan dan sentiasa melakukan rondaan dari masa ke semasa. Buat masa ini tiada keperluan untuk melantik sebuah agensi khasnya untuk meronda dan melaporkan jalan berlubang kepada pihak JKR, PBT, PTD memandangkan telah banyak medium aduan di mana aduan-aduan tersebut akan disaring dan dipanjangkan kepada jabatan dan agensi yang berkaitan.

    Kerajaan Negeri melalui Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) menerusi entiti SSDU Innovations Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milikan penuh Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu sistem aduan melalui aplikasi Intelligent Respond Selangor (IRS) yang berfungsi untuk menyalurkan aduan pengguna jalan raya dengan hanya menggunakan telefon pintar melalui aplikasi waze.

    Kerajaan Negeri melalui Selgem Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) juga telah membangunkan sistem pintar bersepadu maklumat jalan raya SRAMS (Smart Road Assets Management System) yang akan mengintegrasikan sistem sedia ada seperti Marris Online, Road Asset Management, Sistem Pengurusan Aduan dari media sosial dan Aplikasi Kecerdasan Buatan Sistem Pemantauan Potholes di mana sistem bersepadu ini dipantau secara harian.

Lampiran

Tiada Lampiran.