Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
88) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status pertubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan penstrukturan semula anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI)?
Darul Ehsan Investment Group Berhad (“DEIG”) masih di peringkat pengukuhan sistem tadbir urus korporat dan belum menjalankan apa-apa aktiviti atau transaksi sama ada dari segi perniagaan atau pelaburan.
Di peringkat kumpulan syarikat MBI pula, langkah penstrukturan semula sedang dijalankan bagi meningkatkan keberkesanan operasi dan penjimatan kos.
-
Sila senaraikan ahli-ahli lembaga pengarah DEIG dan MBI.
Ahli Lembaga Pengarah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”)
- A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali;
- B. Dato’ Mohd Amin Bin Ahmad Ahya;
- B. Dato’ Noordin Bin Sulaiman.
*Setakat 30 Jun 2016
Ahli Lembaga Pengarah Darul Ehsan Investment Group (“DEIG”)
- A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali;
- B. Dato’ Mohd Amin Bin Ahmad Ahya;
- B. Dato’ Noordin Bin Sulaiman;
- M. Raja Shahreen Bin Raja Othman;
- Soffan Affendi Bin Aminudin.
*Setakat 30 Jun 2016