Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
281) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan semua jawatan dan pegawai yang berkhidmat di bawah DEIG sehingga kini.
DEIG didaftarkan pada 5 Jun 2015 dan dijangka beroperasi pada suku pertama tahun 2016. Sehingga kini DEIG tidak mempunyai pengurusan
-
Apakah tujuan ÒRequest For InformationÓ (RFI) dijalankan dan bagaimana ianya dijalankan serta berapa banyak RFI yang telah diterima sehingga sekarang?
Tujuan RFI dijalankan adalah sebagai proses mengumpul data daripada pemaju-pemaju untuk merangka perancangan strategik terhadap aset yang dimiliki
RFI ini dibuat secara terbuka dan MBI telah menerima lebih 200 profil syarikat.
-
Apakah rancangan seterusnya selepas RFI?
MBI kini sedang menjalankan penilaian secara komprehensif terhadap profil- profil syarikat yang diterima dengan membuat penelitian terhadap maklumat syarikat seperti kedudukan kewangan, pengalaman dalam industri pembangunan hartanah dan sebagainya