Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

329) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan DEIG untuk mengukuhkan pelaburan dan aset Selangor?

    Perancangan DEIG adalah untuk menggabungkan kesemua anak syarikat MBI di bawah setiap kluster yang khusus supaya duplikasi aktiviti ekonomi di antara anak syarikat tidak lagi wujud, ‘economies of scale’ dapat dicipta dan ‘corporate efficiency and responsibility’ dapat

    Apabila aset-aset ini distruktur semula secara komprehensif dan sistematik, pulangan pelaburan kepada Kerajaan Negeri sudah pasti dapat ditingkatkan dan dimaksimakan.

     

  2. Apakah kelebihan penubuhan DEIG berbandingan dengan model operasi MBI sebelum ini?

    Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) yang diberi tanggungjawab untuk mengurus aset-aset kerajaan Negeri masih tidak menjana pulangan optima kepada Kerajaan Negeri kerana mempunyai fungsi bertindih dan tidak dapat memberi fokus kepada aset dan

    Selepas penstrukturan semula ini, MBI akan memberi lebih fokus kepada soal kebajikan dan kemakmuran rakyat di Selangor menerusi program-program seperti Hijrah, Wifi Selangorku, UNISEL, YAWAS dan sebagainya.

    Peranan MBI akan menjadi lebih jelas dan nyata untuk tujuan perancangan dan strategi.

    Darul Ehsan Investment Group (DEIG) ditubuhkan sebagai sebuah entiti korporat yang akan berfungsi sebagai syarikat induk pelaburan 100 peratus milik MBI dan mempunyai objektif untuk memberi sumbangan signifikan kepada Kerajaan Negeri melalui pengurusan yang lebih mampan dan profesional serta mengikut piawaian pentadbiran korporat di peringkat tertinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.