Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

244) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sebab-sebab DEIG ditubuhkan dan peranannya dalam pentadbiran kerajaan negeri?

    Matlamat penubuhan DEIG adalah untuk melaksanakan proses rasionalisasi dan konsolidasi aset milik MBI dan anak

    Apabila aset-aset ini distruktur semula secara komprehensif dan sistematik, pulangan pelaburan kepada Kerajaan Negeri sudah pasti dapat ditingkatkan dan dimaksimakan.

  2. Sila senaraikan ahli-ahli lembaga pengarah DEIG

    Berdasarkan Borang 49 bertarikh 11 Ogos 2015, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah DEIG terdiri daripada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor; YB Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri; Ketua Pegawai Eksekutif MBI, dan Ketua Pegawai Operasi

  3. Apakah mekanisme DEIG dari segi ketelusan dan akauntabiliti?

    DEIG masih di peringkat awal penubuhan dan dijangka beroperasi pada suku pertama tahun 2016. DEIG akan memelihara piawaian yang ketat berhubung ketelusan dan akauntabiliti di dalam pengurusan dan aktiviti

     

    Pengurusan MBI sedang meneliti dan mendapatkan maklum balas terhadap usaha-usaha untuk memastikan prinsip kebertanggungjawaban serta tadbir urus korporat yang terbaik dan bersedia untuk di teliti oleh mana-mana Jawatankuasa Dewan.

Lampiran

Tiada Lampiran.