Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

208) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status aktiviti perniagaan DEIG?

    Buat masa ini, Darul Ehsan Investment Group (“DEIG”) tiada aktiviti perniagaan dan pelaburan memandangkan proses pengukuhan sistem tadbir urus korporat belum dimuktamadkan.

  2. Apakah aset-aset utama DEIG pada masa ini?

    DEIG tidak memiliki sebarang aset dan liabiliti buat masa ini.

  3. Apakah rancangan DEIG untuk 5 tahun akan datang?

    Perancangan masa hadapan DEIG akan direncana setelah pengukuhan struktur tadbir urus korporat DEIG dimuktamadkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.