Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

354) DANA USAHAWAN MADANI SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan yang sudah di luluskan untuk program ‘Dana Usahawan Madani' di dalam DUN Bukit Melawati?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Pentadbiran ini tidak dapat mengemukakan data menumpukan kepada DUN Bukit Melawati. Namun, berdasarkan data penerima DUMS dari Daerah Kuala Selangor adalah seperti berikut :

    TAHUN BIL. PENERIMA JUMLAH GERAN DUMS (RM)
    2023 8 159,800.00
    2024 19 234,593.00
  2. Apakah mekanisme pemantauan yang digunakan untuk memastikan bantuan peralatan atau mesin yang diberikan benar-benar sampai kepada penerima yang layak?

    Mekanisme pemantauan dilaksanakan melalui borang laporan atau pemantauan yang diedarkan kepada Pejabat Daerah. Borang ini perlu disi dan dikembalikan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dalam tempoh 6, 12, atau 18 bulan selepas penerima DUMS menerima barangan/peralatan. Proses ini memastikan bantuan peralatan atau mesin yang diberikan benar-benar sampai kepada penerima yang layak serta digunakan mengikut tujuan yang ditetapkan. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri bersama Pejabat Daerah menjalankan tinjauan kepada penerima-penerima DUMS untuk memastikan mereka menggunakan peralatan dan menjalankan perniagaan sewajarnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.