Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
268) DANA TABUNG AMANAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tujuan dan fungsi tabung amanah diwujudkan?
Akaun Amanah Disatukan mengakaun semua terimaan dan bayaran wang amanah mengikut kehendak undang-undang, akta-akta amanah, suratcara amanah, arahan amanah dan perjanjian. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Amanah Awam dan Akaun
Kumpulan Wang Amanah Kerajaan mengakaunkan terimaan dan bayaran bagi maksud tertentu mengikut Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan terdiri daripada Kumpulan Wang Pembangunan, Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan, Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan dan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan.
- Kumpulan Wang Pembangunan mengakaunkan terimaan dan bayaran pembangunan seperti yang diperuntukkan oleh Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966;
- Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 bagi memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada anggota perkhidmatan awam Negeri, Ahli Pentadbiran, Perundangan dan Dewan Negeri Selangor dan Badan Berkanun Negeri;
- Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan terdiri daripada Akaun Penyelesaian, Akaun Perniagaan, Akaun Pinjaman, Kumpulan Wang Luar Jangka dan Pelbagai Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 bagi maksud tertentu; dan
- Kumpulan Wang Pembangunan Hutan ditubuhkan di bawah Enakmen (Pemakaian) Perhutanan
Kumpulan Wang Amanah Awam mengakaun terimaan dan bayaran bagi maksud tertentu mengikut akta khas atau Akta Tatacara Kewangan 1957. Kumpulan Wang Amanah Awam terdiri daripada Amanah Khas yang diwujudkan di bawah aktanya sendiri dan Amanah Am yang diwujudkan di bawah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957.
Akaun Deposit terdiri daripada Deposit Am dan Deposit Pelarasan. Deposit am merupakan wang yang diterima khusus bagi sesuatu maksud di bawah undang- undang atau perjanjian dan perlu dibayar balik apabila maksud telah tercapai.
-
Berapakah jumlah dana dan peruntukan yang diterima setiap tahun?
Jumlah dana dan peruntukan yang diterima pada setiap tahun adalah tidak sama. Bagi tahun 2015, dana dan peruntukan yang diterima adalah sebanyak RM1,882.25. Perincian seperti di Lampiran 1.
-
Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan dana dan pengangihan?
Pengurusan dana dan pengagihan Akaun Amanah dilaksanakan oleh setiap Pegawai Pengawal mengikut jenis dan tujuan Akaun
LAMPIRAN 1
Perihal
Dana Terimaan / Peruntukan
Catatan
RM Juta KUMPULAN WANG AMANAH KERAJAAN Kumpulan Wang Pembangunan
1,023.29
i) Pinjaman Persekutuan – RM99.68 juta; ii) Caruman Kerajaan Negeri – RM907.66 juta;
iii) Pemberian Persekutuan –
RM15.95 juta
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan – Tiada tambahan caruman Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan
547.11
i) Kumpulan Wang Pinjaman Kepada Badan-badan Berkanun dan Badan Lain – Caruman Kerajaan Negeri : RM15.42 juta; ii) Terimaan bagi Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri berjumlah RM470.58.
iii) Tabung Warisan Negeri Selangor
– RM50.58 juta
iv) Tabung Amanah Bencana Alam
– RM10.53 juta
Kumpulan Wang Pembangunan Hutan 8.82
i) Caruman Kerajaan Negeri – RM4.78 juta; ii) Ses Kayu Balak – RM4.04
KUMPULAN WANG AMANAH AWAM Kumpulan Wang Amanah Awam
308.03
Jumlah termasuk terimaan peruntukan oleh sesuatu Jabatan daripada Jabatan yang mengawal selia Akaun Amanah.
LAMPIRAN 2
Perihal Pengurusan KUMPULAN WANG AMANAH KERAJAAN Kumpulan Wang Pembangunan
Pengurusan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor berdasarkan Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406].
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Pengurusan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil 1 Tahun 2016
Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Pengurusan berdasarkan Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Amanah dan Enakmen yang berkaitan.
Kumpulan Wang Pembangunan Hutan
Pengurusan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor berdasarkan Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara.
KUMPULAN WANG AMANAH AWAM Kumpulan Wang Amanah Awam
Pengurusan oleh Pegawai Pengawal dan Jawatankuasa Pentadbir Akaun Amanah berdasarkan Arahan Amanah yang diluluskan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor dan Pekeliling Perbendaharaan WP10.4 – Tatacara Pengurusan Akaun Amanah Yang Ditubuhkan Di Bawah Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957.
AKAUN DEPOSIT Akaun Deposit
Pengurusan Akaun Deposit adalah berdasarkan peruntukan Arahan Perbendaharaan. Akaun Deposit hendaklah dibuka mengikut jenis deposit yang diterima. Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab atas penyenggaraan betul akaun deposit di bawah jagaannya.