Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

84) DANA SEL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah pembeli rumah yang berjaya mendapat bantuan Dana Sel untuk membeli Rumah SelangorKu mengikut pecahan projek.

    Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini 104 permohonan daripada Peneroka Bandar Kg. Rimba Jaya telah diterima dan diproses oleh Syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) dan 116 permohonan daripada Peneroka Bandar Sg Sering masih ditangguhkan memandangkan pihak pemaju telah mengambil tindakan perundangan terhadap Kerajaan Negeri.

  2. Senaraikan jumlah pembeli yang telah ditolak oleh pihak bank untuk pinjaman perumahan di Selanogr mengikut pecahan daerah.

    Untuk makluman Yang Berhormat, LPHS tidak mempunyai butiran terperinci berkaitan kegagalan pemohon mendapatkan pinjaman bank memandangkan urusan untuk mendapatkan pinjaman adalah melibatkan pemohon dengan pihak bank. Walau bagaimanapun, melalui maklum balas yang diterima daripada pemaju didapati hampir 50% pemohon telah gagal mendapatkan pinjaman dan di antara sebab-sebab utama adalah disebabkan bebanan hutang yang tinggi, rekod CCRIS yang tidak baik atau telah disenarai hitam di bawah CTOS.

  3. Adakah Kerajaan akan tambahkan Dana Sel?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri bercadang akan menambah peruntukan untuk Dana-Sel sekiranya peruntukan sedia ada dapat digunakan secara keseluruhan dan program ini menampakkan hasil positif dan memberi impak yang baik kepada rakyat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Lampiran

Tiada Lampiran.