Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
75) DANA PERTUBUHAN AGAMA DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan pecahan jumlah dana yang telah diberikan kepada rumah-rumah ibadah mengikut DUN bagi tahun 2013 dan 2014?
Tiada
-
Apakah prosedur bagi memohon dana tersebut?
Tiada
-
Apakah syarat-syarat utama bagi pembinaan sesebuah rumah-rumah ibadat yang baru?
a) i) Syarat – Syarat Pembinaan Surau
- Faktor jarak
Jarak paling minima hendaklah berada 1 km dari masjid atau surau yang sedia ada ( mengikut keperluan ).
b. Faktor penduduk
Terdapat penduduk beragama Islam yang memerlukan pembinaan surau.
c. Faktor keluasan tapak
Tapak bagi pembangunan sesebuah surau hendaklah sekurang- kurangnya seluas 0.5 ( ½ ) ekar ( mengikut keperluan ).
d. Faktor status tapak surau
Status tapak surau hendaklah mengandungi salah satu daripada syarat berikut :
- Tapak wakaf atau
- Tapak tanah Kerajaan Negeri atau iii- Tapak yang disediakan
e. Struktur surau
- Mempunyai reka bentuk bangunan bercirikan Islam
- Bangunan surau hendaklah berasingan dengan bangunan tandas