Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
245) DANA PEMBANGUNAN BELIA DAN USAHAWAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Rizab RM 50 juta diperuntukkan untuk dana pembangunan belia dan usahawan. Nyatakan pelan tindakan bagi penggunaan dana tersebut?
Pelan tindakan bagi penggunaan dana tersebut adalah melalui pelaksanaan Program-program Pembangunan Belia. Sebagai contoh Program Usahawan Belia Ehsan Selangor adalah dirancang untuk meningkatkan kualiti hidup belia Negeri Selangor dengan memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup belia. Sasaran perserta adalah terdiri daripada golongan belia yang menganggur yang ingin meningkatkan pendapatan. Program ini berkonsepkan beberapa aktiviti keusahawanan seperti Perkhidmatan SPA Kecantikan dan Gunting Rambut, Pembekal, Pengedar, Kafeteria, Kiosk dan Pengeluaran.
-
Bagaimanakah cara memohon dana dan pihak manakah yang menguruskannya?
Permohonan dana tersebut adalah melalui Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil. 7 Tahun 2013 Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat adalah sebagaimana
berikut :-
- Program-program yang telah dirancang dan diluluskan semasa Mesyuarat Pemeriksaan Cadangan anggaran Bajet Pembangunan (berdasarkan Sasaran Kerja Tahunan dan telah diperuntukan dalam Belanjawan tahunan) tidak perlu mendapat kelulusan daripada Pegawai kewangan Negeri (PWN) bagi program di bawah RM500,000.00;
- Program yang memerlukan penyaluran secara direct grant berjumlah lebih daripada RM50,000.00 perlu mendpat kelulusan PWN (rujuk surat PNS bil. (20) dlm PWN. Sel. (A) 284 Jld 50) ;
- Program-program dasr baru dan one off (dirancang pada tahun semasa) perlu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Ulasan berkaitan implikasi kewangan hendaklah diperolehi daripada PWN sebelum kertas tersebut di angkat untuk kelulusan MMKN/MTES; dan
- Program yang telah diluluskan oleh MMKN serta mempunyai ulasan Pegawai Kewangan Negeri (PWN) tidak perlu mendapatkan kelulusan berbelanja daripada PWN walaupun melebihi RM500,000.00.
-
Apakah impak atau pulangan hasil dari penggunaan dana ini?
Antara impak atau pulangan dari penggunaan dana ini adalah sebagaimana berikut :-
- i) Impak kepada PeBT
- Boleh memimpin paling minima keluarga sendiri
- PeBT akan melaksanakan pelbagai program-program kemasyarakatan di kawasan dan zon masing-masing.
- Ekonomi dan pendapatan dapat ditingkatkan minima RM1,500 sebulan.
- Pendidikan mereka dapat ditingkatkan dan mendapat kemahiran baru.
- ii) Impak kepada Belia-belia
- Perubahan sikap positif belia kea rah hidup berdikari
- Menambah kemahiran dan keusahawanan
- Meningkatkan pendapatan isi rumah belia sekurang-kurangnyer RM1,500 sebulan
- Ada kesedaran kepada program-program kemasyarakatan, mengurangkan penglibatan belia dalam gejala lepak dan gejala social yang lain.
- Meningkatkan bilangan usahawan di kalangan belia
- Mewujudkan rangkaian / jaringan perniagaan di kalangan belia. iii) Impak kepada Kerajaan Negeri
- Melahirkan belia yang berkemahiran dan berpendidikan.
- Melahirkan usahawan-usahawan baru
- Meningkatkan ekonomi rakyat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri Selangor.
- i) Impak kepada PeBT