Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

161) DANA BENCANA ALAM – BANTUAN KEPADA MANGSA2 BENCANA ALAM SANGAT LAMBAT DENGAN BUREUKRASI YANG ADA SEKARANG

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan membuat rancangan, kajian dan transformasi SOP yang membolehkan bantuan bencana cepat sampai kepada mangsamangsa?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Pengurusan Bencana telah mengambil langkah-langkah seperti berikut bagi memastikan bantuan kewangan disampaikan kepada mangsa-mangsa bencana dengan kadar segera :

    • Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Akaun Bencana Daerah dua (2) kali
    • Memastikan peruntukan mencukupi dalam semua akaun bencana daerah iaitu sebanyak RM 50,000.00 bagi setiap Pejabat Daerah dengan had pengeluaran daripada kad Auto Teller Machine (ATM) sebanyak RM 10,000.00 sehari yang boleh dikeluarkan terus secara tunai.
    • Menekankan hanya 3 dokumen sahaja yang diperlukan iaitu :
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan Laporan Polis
    • Laporan ringkas beserta gambar lokasi kejadian yang disahkan oleh Penghulu / Ketua
    • Bagi jumlah mangsa bencana yang besar, Pejabat Daerah dan Tanah dinasihatkan melaksanakan penyampaian bantuan secara berfasa dengan mendahulukan pemohon yang telah lengkap dokumentasinya. Langkah ini adalah perlu, untuk memastikan bantuan segera dan dapat mengelakkan daripada tuntutan
  2. Adakah rancangan untuk menubuhkan satu Dana Bencana Alam Negeri?

    Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang diurus setia oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dan Tabung Amanah Bencana Alam yang diurus setia oleh Perbendaharaan Negeri Selangor. Selain daripada itu, 9 tabung bencana daerah ditubuhkan dengan peruntukan daripada Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang diperuntukkan dengan nilai maksimum RM 50,000.00. Hal ini bertujuan untuk memastikan bantuan kepada mangsa bencana dapat disampaikan dengan segera dan melancarkan proses penyampaian sumbangan kepada mangsa bencana.

Lampiran

Tiada Lampiran.