Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
165) DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status penggunaan peruntukan Dana Bantuan Guaman Selangor bagi tahun 2023 dan 2024?
Status penggunaan peruntukan Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS) bagi bayaran kepada peguam dan kos operasi bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM92,173.95 dan tahun 2024 adalah sebanyak RM49,044.60.
Untuk makluman YB, peruntukan disalurkan kepada Dana Bantuan Guaman Selangor berdasarkan prestasi program. Peruntukan akan disalurkan setelah pihak Selangor Bar Council (SBC) memohon penyaluran peruntukan berdasarkan anggaran dana yang diperlukan dari semasa ke semasa.
-
Berapakah bilangan penerima manfaat DBGS bagi kes berkaitan syariah?
Sehingga 31 Mei 2024, bilangan penerima manfaat DBGS bagi kes berkaitan syariah adalah sebanyak 1 penerima.