Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
146) DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan prestasi terkini Program Dana Bantuan Guaman Selangor.
Pertanyaan ini akan dijawab bersekali dengan Soalan No. 5 (a) oleh Yang Berhormat Permatang berkaitan tajuk yang sama.
Kerajaan Negeri telah mula melaksanakan Dana Bantuan Guaman Selangor (DGBS) pada 15 September 2022. Jumlah permohonan yang telah diterima dalam tempoh 6 bulan pada September 2022 sehingga Mac 2023 adalah sebanyak (19) permohonan iaitu (15) permohonan telah diluluskan dan (4) permohonan telah ditolak.