Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

5) DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah permohonan yang diterima dalam inisiatif Dana Bantuan Guaman Selangor?

    Tuan Speaker,

    Pertanyaan ini akan dijawab bersekali dengan Soalan No.146 (a) oleh Yang Berhormat Subang Jaya dan Soalan No.280 Yang Berhormat Kampung Tuanku berkaitan tajuk yang sama.

    Kerajaan Negeri telah mula melaksanakan Dana Bantuan Guaman Selangor (DGBS) pada 15 September 2022.  Jumlah permohonan yang telah diterima dalam tempoh 6 bulan pada September 2022 sehingga Mac 2023 adalah sebanyak (19) permohonan iaitu (15) permohonan telah diluluskan dan (4) permohonan telah ditolak.

  2. Nyatakan kes-kes yang telah diadukan dan berjaya diselesaikan.

    Jumlah dan jenis kes yang telah diterima dan diadukan adalah seperti berikut:-

    • Jumlah Kes Kekeluargaan sebanyak (12) permohoan iaitu (5) dalam proses mahkamah dan (7) masih di peringkat awal sebelum prosiding mahkamah.
    • Jumlah Kes Pekerjaan sebanyak (3) iaitu (1) dalam proses mahkamah dan (2) masih di peringkat awal sebelum prosiding mahkamah.
    • Jumlah permohonan yang ditolak sebanyak (4) permohonan iaitu (3) tidak termasuk dalam kategori program DBGS dan (1) pemohon tidak membuat aduan mengenai pemecatan secara tidak adil dalam tempoh 60 hari selepas penamatan kerjanya di Mahkamah Perusahaan.
    • Jumlah Permohonan yang telah difailkan sebanyak (5) kes kekeluargaan dan (1) kes pekerjaan sedang menunggu untuk tarikh Pengurusan Kes seterusnya.
    • Jumlah Permohonan yang belum difailkan sebanyak (6) kes kekeluargaan kerana di peringkat awal prosiding mahkamah. Peguam sedang dalam proses menyediakan petisyen perceraian. Manakala sebanyak (2) kes pekerjaan masih di peringkat awal sebelum prosiding mahkamah. Sedang menunggu untuk mendapatkan tarikh daripada Mahkamah Perindustrian.

    Bagi pelaksanaan program DGBS sebanyak RM1,000,000.00 peruntukan disediakan bagi melaksanakan program ini. Pada tahun 2022 sebanyak RM300,000.00 disalurkan kepada Jawatankuasa Peguam Selangor (SBC) dan sehingga 6 Mac 2023 sebanyak RM29,820.00 telah dibelanjakan bagi tujuan pelaksanaan DGBS. Selain itu, aktiviti promosi  bagi Program Dana Bantuan Guaman Selangor (DGBS) telah dijalankan melalui siri Jelajah Selangor Penyayang (JSP) di setiap daerah di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.