Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

81) DALAM PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2016 DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR MENGUMUMKAN SHAH ALAM SEBAGAI KOTA SENI DAN KOTA ANAK MUDA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan MBSA untuk menjadikan Shah Alam Kota Seni?

    Rancangan MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai Kota Seni ialah dengan berteraskan visi Kota Seni Shah Alam iaitu memanifestasi masyarakat Shah Alam yang berbudaya. Antara rancangan pihak MBSA dalam tempoh 2016- 2020 ialah :

     

    • MBSA akan membaikpulih kemudahan dan prasarana seperti baik pulih
      • Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam
      • Laman Seni lorong seni (transformasi lorong belakang)

     

    • Menyediakan garis panduan hiburan Shah

     

    • Buskers Corner untuk anak muda di Kompleks SACC Mall iaitu program bersama PKNS Prep Events

     

    • Memperkasa seni taman (arts & parks) seperti mercu tanda dan keindahan landskap

     

    • Mencirikan seni reka (architecture) dalam binaan bangunan

     

    • Menubuhkan “Kreatif Hub Shah Alam” untuk menjadi pusat sehenti hub seni

     

    • Laman Budaya sebagai PENTAS SENI atau OPEN STAGE untuk semua golongan masyarakat

     

    • Merangka program lokaliti/nasional dan pengantarabangsaan

     

    • Memperkasa penglibatan masyarakat – “strong community involvement”

     

    • Menubuhkan Kumpulan Koir Komuniti Shah Alam

     

  2. Apakah langkah-langkah MBSA untuk menjadikan Shah Alam Kota Anak Muda?

    Dalam usaha memanifestasikan Shah Alam sebagai Kota Anak Muda, MBSA merancang pendekatan melalui tiga (3) segmen iaitu:-

     

    • Pendekatan Melalui Segmen Seni & Budaya

     

    • Penubuhan Jawatankuasa Kota Seni Shah Alam

     

    • Menyemarak dan merakyatkan aktiviti seni dan budaya di kalangan masyarakat dan peringkat sasaran dengan menyebarluas promosi dan publisiti program seni dan budaya

     

    • Menggalakkan pembangunan produk seni dan budaya selaras dengan pembangunan industri kreatif seperti Laman Seni 2, Laman seni 7 dan lain-lain

     

    • Meningkatkan jaringan kerjasama strategik dengan badan-badan kesenian seperti Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKNKN), PADAT, Majlis Kebudayaan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta , NGO, Syarikat Korporat dan

     

    1. Merangka program penyerlahan bakat dengan bertemakan “pentas seni untuk semua” (Open Stage).

     

    1. Memperkasa program seni jalanan

     

    1. Memberi pengiktirafan kepada penggiat seni

     

    1. Pendekatan Melalui Segmen Sukan & Rekreasi

     

    • Menganjurkan program-program sukan dan rekreasi untuk warga tempatan dan masyarakat dari luar kawasan dan luar negara contoh anjuran Larian Half Marathon, Enduride (120km), Bola Tampar Piala Datuk Bandar, Soccerkids, Futsal Piala Datuk Bandar dan Kejohanan Taekwando Piala Datuk Bandar (kategori seawal usia 5 tahun dan ke atas)

     

    • Melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas melalui aktiviti sukan dan riadah contoh Kayuhan Santai, Senamrobik Mingguan dan Klinik Pembangunan Sukan.

     

    • Menyediakan kemudahan sukan dan logistik untuk menjalankan aktiviti secara optimum seperti gelanggang futsal bersaiz FIFA International Court, Dewan-Dewan Sukan, Taman Sukan Lasak, Stadium, Kolam Renang dan trek

     

    • Menyediakan tenaga pengajar dan jurulatih bertauliah untuk program pembangunan sukan seperti taekwando, futsal, ragbi dan bolasepak (termasuk soccerkid).

     

    • Memperkasa program remaja melalui Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MBSA

     

    • Menyediakan takwim program secara mingguan, bulanan dan tahunan.

     

    • Menggalakkan penyertaan komuniti cergas dan hijau melalui penganjuran kayuhan dan larian

     

    • Penyediaan laluan sikal dan laluan pejalan kaki yang selamat bagi mengurangkan kesesakan lalulintas

     

    • Pendekatan Melalui Segmen Kemasyarakatan

     

    1. Merancang program-program pembangunan masyarakatan secara holistik

     

    • Memperkasakan ‘public enggagement’ melalui program seperti:-
      • Program-program komuniti khusus untuk belia anjuran Majlis Perwakilan Penduduk yang disediakan bajet tahunan
      • Program Pertandingan Anugerah Hijau – Zon Bersih Mini secara tahunan
      • Sukan Rakyat
      • Menggalakkan penglibatan sukarelawan di kalangan anak-anak muda seperti di dalam program tanam pokok Shah Alam Trees For Life

     

    • Kerjasama strategik bersama anak-anak muda di peringkat IPTA dan IPTS

     

    • Menyediakan pusat ilmu di Perpustakaan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning. Dua lagi perpustakaan akan dibina menjelang 2017 iaitu di Seksyen 19 dan di Seksyen U5 di samping menyediakan Perpustakaan Bergerak (mobile library)
  3. Berapa Bajet disediakan untuk usaha-usaha ini?

    Untuk tahun 2016, MBSA menyediakan peruntukan seperti berikut:-

     

    Segmen Seni & Budaya                                            RM200,000.00

    Segmen Sukan & Rekreasi                                      RM600,000.00

    Segmen Kemasyarakatan                                        RM200,000.00 Peruntukan Kerajaan Negeri untuk PeBT                RM120,000.00 Peruntukan Kerajaan Negeri untuk Kota Seni RM200,000.00 JUMLAH                                                                               RM1,320,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.