Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
58) DAKWAAN KESALAHAN PENYATAAN FAKTA DI DALAM ISI TEKS KHUTBAH
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang boleh dilakukan jika ada pihak yang pakar mendapati terdapat kesilapan penyataan fakta, dalil atau sebagainya di dalam isi teks khutbah Jumaat samada sebelum atau selepas ianya disampaikan?
Antara langkah dan tindakan yang di ambil sekiranya terdapat kesilapan fakta, dalil atau sebagainya di dalam isi kandungan teks khutbah Jumaat adalah:
- Melaporkan terus kepada pihak urus setia (Unit Khutbah, Bahagian Pengurudsan Masjid,Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyelia penerbitan khutbah JAIS di talian 03-55143673 untuk diperbaiki dengan segera oleh pihak urus setia atau menjadi panduan untuk penerbitan berikutnya.
- Sekiranya khutbah belum dibaca dan perkara yang dilaporkan berasas, Urus setia Unit Khutbah akan menarik balik khutbah yang telah diedarkan. Perkara berkenaan akan dirujukkan kepada Ahli Jawatankuasa Khutbah yang pakar dalam perkara yang dibangkitkan.
- Urus setia Unit Khutbah akan memuatnaik segera khutbah yang telah dibuat pembetulan dan disahkan ke dalam laman web JAIS, telegram Unit Khutbah dan turut diedarkan ke semua e-mel masjid dan Surau Kebenaran Solat Jumaat.
-
Adakah sebarang respon tentang kesilapan fakta isi khutbah Jumaat bertarikh 30 September 2022 berkaitan status manusia yang terjamin memasuki syurga yang sebenarnya ada selain daripada Nabi Muhammad SAW?
Pihak urus setia penerbitan khutbah JAIS tidak menerima sebarang respon dan maklum balas rasmi daripada orang awam tentang apa jua isi kandungan teks khutbah yang berbangkit atau apa jua kesilapan fakta isi khutbah Jumaat bertarikh 30 September 2022.
-
Tidakkah pihak berkenaan menyemak sumber yang berbagai mengenai perkara tersebut termasuk hadith sahih mengenainya tentang 10 manusia yang dijamin memasuki syurga kelak?
Perkataan “satu-satunya manusia” itu sebenarnya telah diperbincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Panel Khutbah Kali ke-19 bertarikh 4 Oktober 2022 dan mesyuarat memutuskan bahawa:
- Fakta tersebut tidak dengan tujuan mengecualikan jaminan syurga terhadap 9 orang sahabat Rasulullah S.A.W. yang lain sebagaimana pada matan hadis berkaitan jaminan syurga kepada 10 orang yang dijamin syurga oleh Allah S.W.T termasuk Rasulullah S.A.W. dari Abdul Rahman Bin Auf yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi.
- Fakta di dalam teks khutbah ini mengkhususkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebagai seorang yang dijamin syurga dan dalam masa yang sama masih beribadah sebagai tanda syukur dan bagi mengagungkan Baginda berbanding 9 sahabat yang lain dan Baginda sebagai Rasul yang terakhir.
- Perkataan “satu-satunya” dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua juga menjelaskan perkataan tersebut adalah “unik”. Justeru, sesuatu yang unik itu sesuai ditujukan pada diri Rasulullah S.A.W. yang begitu istimewa.