Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
80) DAKWAAN BEYOND BRAND COMMUNICATION DAPAT BANYAK KONTRAK PKNS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah benar penulis teks ucapan dari Beyond Brand dibayar RM7,000 sebulan?
Tidak benar. Beyond Brand Communications yang merupakan perunding perhubungan awam dibayar bagi perkhidmatannya secara retainer basis meliputi tujuh skop utama iaitu :-
- Retainer Consultancy (Nasihat Strategik, Coaching, Pelan Perhubungan Media, Temuramah Media)
- SWOT Analysis Workshop With PR Department
- Jop Specification Review
- Messaging Strategy and Stakholder Mapping Workshop
- Media Briefing and Press Conference
- Market Research as ’test and measure tool’
- Issues Communication Package
Bayaran bulanan adalah RM7,000 sebulan bagi tempoh 12 bulan dari 1 Mac 2009 hingga 28 Februari 2010. Bagaimanapun atas persetujuan bersama, syarikat juga membantu menyediakan teks ucapan Pengurus Besar sebagai skop kerja tambahan.
-
Apakah benar bagi program rebranding, Beyond Brand telah dibayar RM200,000?
Tidak benar. Perunding untuk rebranding yang melaksanakan kajian identiti dan imej PKNS adalah Rifaie Chua Sethi dan bukannya Beyond Brand Communications.
-
Apakah benar Beyond Brand dibayar hampir RM1 juta bagi menguruskan kerjasama PKNS, Bernama dan Utusan Malaysia?
Tidak Selepas kontrak Beyond Brand Communications diperbaharui untuk tempoh 8 bulan bermula Mac 2010 hingga Oktober 2010, skop kerja syarikat adalah meliputi :-
- Media Relations
- Issues or Crisis Communications Handling
- On-the-jobCoaching and Training to PR Department
- GM Speeches and Presentation Papers
- Marketing Communications
- Corporate Social Responsibility
Ini termasuklah bagi pengurusan kerjasama antara PKNS dengan pihak media seperti Bernama dan Utusan Malaysia. Khidmat Beyond Brand digunakan untuk memastikan setiap slot yang diperuntukkan digunakan seoptima mungkin. Bayaran untuk pakej Bernama dan Utusan Malaysia dibayar terus kepada kedua-dua pihak.