Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
58) DAERAH PETALING DAN TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah punca jumlah keluasan tanah rizab Melayu di Daerah Petaling sebagai yang terendah di seluruh Selangor?
Adalah dimaklumkan bahawa keluasan keseluruhan Daerah Petaling ialah 49,775,75 hektar di mana ia merupakan daerah paling kecil di Negeri Selangor. Manakala keluasan asal tanah Rizab Melayu yang diwartakan bagi daerah Petaling ialah seluas 2,2729.5 ekar. Dimaklumkan juga bahawa tiada sebarang pembatalan yang direkodkan sehingga
-
Berapakah keluasan asal tanah rizab Melayu di Daerah Petaling?
Keluasan asal tanah rizab Melayu di Daerah Petaling adalah 2,729.5
-
Apakah pengambilan tanah rizab Melayu di Daerah Petaling mengikut syarat- syarat yang ditetapkan?
Sehingga kini tiada Pengambilan tanah rizab Melayu di Daerah Petaling yang direkodkan. Walau bagaimanapun, Pentadbiran ini akan memastikan setiap proses pengambilan tanah Rizab Melayu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.