Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

328) DAERAH BAHARU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah daerah baharu di Selangor?

    Sehingga kini Kerajaan Negeri belum ada perancangan untuk menubuhkan daerah baru di Negeri Selangor sebaliknya memberi penekanan kepada memperkukuhkan aspek perancangan, meningkatkan kecekapan dan mengamalkan proses urus tadbir yang baik atau good governance, pelaksanaan program yang dirancang dan menjayakan perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan dasar pentadbiran yang dilaksanakan kini yang memberi perhatian kepada kebajikan dan peduli

  2. Apakah kriteria penambahan daerah baharu ini?

    Dalam melaksanakan penambahan daerah baru, ia perlulah mematuhi Kanun Tanah Negara, di bawah Perkara 11 – Kawasan Pentadbiran di mana Pihak Berkuasa Negeri bolehlah melalui pemberitahuan dalam Warta:

     

    1. Membahagikan kawasan Negeri kepada daerah-daerah;
    2. Membahagikan mana-mana daerah kepada daerah-daerah kecil;
    3. Membahagikan mana-mana daerah atau daerah kecil kepada mukim-mukim;
    4. Mengubah atau meminda sempadan mana-mana daerah, daerah kecil, mukim, bandar atau pekan;
    5. Selepas pengukuran atau penentuannya oleh atau bagi pihak Pengarah Ukur dan Pemetaan, menetapkan mana-mana kawasan Negeri sebagai bandar atau pekan;

     

    Walaubagaimanapun, kajian yang teliti perlu dibuat terlebih dahulu untuk mengambilkira keperluan dan justifikasi kepada penambahan daerah baru. Di antara perkara-perkara yang perlu diambilkira adalah seperti berikut:

     

    • Pertambahan penduduk
    • Kepesatan pembangunan ekonomi
    • Peningkatan kecekapan perkhidmatan rakyat
    • Implikasi pengwujudan tenaga kerja dan perjawatan
    • Implikasi kewangan

     

    Penubuhan daerah baru perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan berikutan beberapa tindakan susulan selepas penubuhan daerah baru perlu dilaksanakan seperti membuat persempadanan semula serta mengwujudkan pusat pentadbiran daerah baharu itu sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.