Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

334) CYBERJAYA BANDAR TEKNOLOGI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dengkil adalah pintu masuk di KLIA ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Apakah usaha Kerajaan Selangor untuk memperindahkan laluan jalan dengan landskap yang menarik untuk menjadikan Dengkil sebagai destinasi yang melambangkan keindahan Malaysia?

    Bagi kawasan Majlis Perbandaran Sepang, Pembangunan Smart  Cities diberikan tumpuan di Cyberjaya selaras dengan identiti  Bandaraya IT dan_ berstatuskan_MSC (Multimedia_Super Coridor)  yang menyumbang kepada pertumbuhan KDNK Negara. Di antara  tumpuan terkini adalah pembangunan Data Centre di Cyberjaya  yang kini mempunyai 15 Data Center. Cyberjaya juga merupakan  sebuah bandar yang tersedia dengan jaringan internet 5G.  MPSepang juga telah menggunapakai ‘Smart City and Low Carbon  City Cyberjaya 2025 Action Plan’ yang menggariskan 7 strategi  utama, 24 tindakan utama dan 64 tindakan kecil dengan sasaran  pengurangan karbon sebanyak 40%. Di samping itu, Cyberjaya juga  telah mendapat sijil pengiktirafan ‘Smart City Early Adopter’ bagi  tahun 2023″

    MPSepang Juga telah mengadakan kolaborasi bersama stakeholder  bagi pelaksanaan serta menyokong pembangunan Cyberjaya  sebagai  bandar berteknologi inggi. Selain daripada tu,  penggunaan Bas Smart Selangor juga menggunakan Aplikasi  Selangor Intelligent Transport System (SITS) bagi tujuan menjejaki  ketibaan bas dan mengetahui jadual ketibaan bas. Manakala  tempahan kemudahan sukan dan dewan juga boleh di buat melalui  penggunaan ‘Mobile Apps iSepang’, bayaran parking menggunakan  Flexi Parking/ Smart Parking. Aplikasi Cepat Mobile Apps untuk  ‘Scan To Ride’ dan lain-lain lagi.

    Di samping itu, Cyberjaya juga dihubungkan dengan jaringan  pengangkutan awam seperti MRT, feeder bus serta inisiatif servis  van ‘on-demand’. Tambahan juga MPSepang telah melaksanakan  pelbagai program dan inisiatif teknologi hijau seperti lampu jalan  LED pintar, penyediaan tempat pengecasan kenderaan elektrik,  sistem solar panel berbumbung, lampu solar LED di Taman Tasik  Cyberjaya dan Taman Mini Cyberjaya, pelaksanaan sistem  penyimpanan dan pengumpulan air hujan (SPAH), cadangan laluan  mikromobiliti dan program perkongsian basikal elektrik (ebike)  dikalangan kakitangan MPSepang.

    Pada masa ini, i Cyberjaya terdapat kelab komuniti yang  menyediakan kemudahan awam, gelanggang badminton, futsal,  kolam renang, golf diving rage (dalam pembinaan), paintball  gelanggang tenis, bola keranjang yang boleh digunakan oleh orang  awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.