Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

51) CYBER CAFE

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Cyber cafŽ telah semakin banyak dibuka dan sering digunakan untuk tujuan yang tidak bermoral oleh segelintir pengguna dan ada di kalangan mereka yang masih di bawah umur. Berapakah jumlah mengikut PBT dan PTD cyber cafŽ yang telah berdaftar dan taburannya di Selangor?

    Setakat ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan sebanyak 727 lesen kepada
    pemilik premis siber kafe yang beroperasi mengikut PBT masing-masing. Senarai
    premis yang telah berdaftar adalah seperti berikut:
    BIL NAMA PBT JUMLAH YANG TELAH BERDAFTAR
    1. MBSA 75
    2. MBPJ 268
    3. MPK 52
    4. MPSJ 55
    5. MPAJ 59
    6. MPKj 91
    7. MPS 46
    8. MPSp 24
    9. MDKS 4
    10. MDKL 18
    11. MDHS 25
    12. MDSB 10
    JUMLAH 727

  2. Apakah kriteria atau kelayakan yang perlu ada untuk mendapatkan lesen perniagaan bagi pengusaha-pengusaha yang berminat untuk membuka perniagaan cyber cafŽ?

    Syarat-syarat yang digunapakai bagi pengeluaran lesen Pusat Siber dan Kafe Siber
    adalah merujuk kepada Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber 2007. Setiap
    permohonan lesen Pusat Siber dan Kafe Siber mesti memenuhi kriteria berikut:
    i) Mempunyai Sijil Pendaftaran dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Perakuan
    Perbadanan Syarikat Sendirian.
    ii) Perjanjian penyewaan premis yang dimatikan stem atau perjanjian jual beli premis.
    iii) Salinan kad pengenalan pemohon.
    iv) Premis berada di tingkat bawah. Bagi premis di Pusat Membeli Belah dibenarkan
    dimana-mana tingkat.

  3. Apakah kajian yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk membendung/mengawal penyalahgunaan cyber cafŽ ini?

    Setakat ini Kerajaan Negeri tidak menjalankan sebarang kajian khusus untuk
    membendung atau mengawal penyalahgunaan siber kafe ini. Walau bagaimanapun
    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa mengawal aktiviti siber kafe dan tindakan
    penguatkuasaan dijalankan dari masa ke semasa. Di bawah Undang-undang Kecil
    Pusat Siber dan Kafe Siber 2007, siber kafe tidak dibenarkan beroperasi selepas jam
    12.00 tengah malam, siber kafe tidak dibenarkan menyediakan aktiviti perjudian, laman
    web lucah, aktiviti hiburan, tidak dibenarkan merokok di dalam premis dan pelajar
    berpakaian seragam sekolah dilarang sama sekali untuk masuk ke dalam premis
    berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.