Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
161) CUTI BERSALIN 90 HARI BAGI WANITA BEKERJA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah perkara ini akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri?
Kerajaan Negeri telah mengadakan Jawatankuasa manifestor Kerajaan
melibatkan agensi-agensi kerajaan bagi mengkaji pelaksanaan manifesto,
termasuk cuti 90 hari bagi wanita bersalin dan 14 hari bagi suami. Pelaksanaan
bergantung kepada syor Jawatankuasa ini -
Apakah pelaksanaan ini diberi kepada kakitangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor sahaja atau semua rakyat yang bekerja di Negeri Selangor?
Pelaksanaan ini berdasarkan kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri, justerus
hanya terhad kepada kakitangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri
Selangor. -
Enakmen mana yang diguna pakai untuk melaksanakan perkara ini bagi meliputi semua rakyat di Negeri Selangor?
Rujuk jawapan (b).