Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
144) CUKAI TANAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kutipan cukai tanah Negeri Selangor untuk tahun 2021 dan 2022?
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 30 September 2022, Negeri Selangor telah merekodkan kutipan bagi cukai tanah dan cukai petak sebanyak RM 532,545,640.10 yang merangkumi kutipan cukai semasa dan tunggakan.
Manakala sehingga 31 Disember 2021, Negeri Selangor telah mencatatkan kutipan cukai tanah dan cukai petak sebanyak RM 546,226,132.42.
Kutipan Cukai Tanah dan Cukai Petak Negeri Selangor bagi Tahun 2021 dan Tahun 2022 sehingga 30 September 2022 diperincikan mengikut daerah seperti berikut:
-
Senaraikan jumlah cukai yang tertunggak mengikut daerah-daerah di seluruh Negeri Selangor sehingga kini.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 30 September 2022 jumlah tunggakan cukai tanah yang direkodkan adalah sebanyak RM 185,312,770.32 dan bagi tunggakan cukai petak adalah sebanyak RM 53,325,811.89.
Perincian kutipan cukai yang tertunggak bagi Negeri Selangor adalah seperti berikut:
-
Nyatakan jumlah individu pemegang akaun berdasarkan cukai tanah yang tertunggak tersebut cukai tanah tersebut dan apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut?
Sehingga 30 September 2022, bilangan hakmilik individu yang tidak berbayar adalah sebanyak 644,659 yang merangkumi tunggakan cukai tanah sebanyak 479,542 hakmilik diikuti cukai petak berjumlah 165,117 hakmilik. Bagi mengatasi masalah dalam mengutip tunggakan cukai, beberapa tindakan telah diambil antaranya ialah:
- Pelaksanaan hebahan awam secara berperingkat bagi meningkatkan kesedaran dalam pembayaran cukai tanah dan cukai petak. Beberapa medium telah turut dikenal pasti dalam melaksanakan hebahan tersebut dan di antaranya ialah melalui siri temubual di Stesen TV dan Radio terpilih.
- Program ‘outreach’ melalui khidmat Kaunter Kutipan Bergerak dan Aktiviti Ketuk Pintu yang dilaksanakan oleh kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah. Melalui inisiatif tersebut, orang awam boleh membayar cukai mereka tanpa perlu hadir ke Kaunter Hasil Pejabat Tanah dan Daerah.
- Meningkatkan penggunaan portal eHasil pembayaran cukai tanah dan cukai petak di Negeri Selangor di kalangan pemilik cukai. Portal eHasil telah turut ditambah baik dengan beberapa elemen baru antaranya kemudahan pembayaran Business-to-Business (B2B) menggunakan kemudahan FPX, semakan bil cukai tanah/petak dan janaan bil serta resit setelah selesai bayaran.
Butiran bilangan hak milik individu yang tidak berbayar sehingga 30 September 2022 adalah seperti berikut: