Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

251) CUKAI TANAH

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah hasil perolehan cukai tanah Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDTHS) dari 2019-2023?

    Hasil perolehan cukai tanah Pejabat Daerah / Tanah Hulu Selangor (PDTHS) dari 2019 – 2023 ialah RM211,857,392.73. Perincian prestasi kutipan cukai adalah seperti di LAMPIRAN 1.

  2. Berapakah tempoh penilaian semula cukai tanah dibuat?

    Tempoh penilaian semula cukai tanah adalah setiap 10 tahun sekali dan ini adalah selaras dengan Seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk menyemak sewa secara berkala. Semakan terakhir cukai tanah telah dibuat pada tahun 2016 dengan pelaksanaan kadar baru pada tahun 2017.

  3. Berapakah kenaikan peratusan cukai tersebut setiap kali penilaian semula dibuat?

    Tiada ketetapan peratus kenaikan cukai yang telah ditetapkan. Kadar cukai baru tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Pelaksanaan penilaian kadar cukai dibuat oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS).