Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

262) CUKAI TANAH

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Status Tanah Pertanian yang diadakan aktiviti penternakan lembu yang besar dan penternakan ayam secara industri. Adakah cukai tanah yang dikenakan terhadap pengusaha sama sepertimana penduduk kampung tradisi yang lain atau dengan kadar berbeza?

    Untuk makluman Yang Berhormat,  selain daripada syarat kategori dan syarat nyata tanah, pengenaan kadar  cukai tanah adalah turut berpandukan kepada aktiviti yang dijalankan di atas tanah tersebut. Sekiranya penternakan lembu dan ayam turut melibatkan aktiviti komersial seperti pusat jualan hasil ternak,  pemilik tanah perlu mengemukakan permohonan kebenaran permit khas bagi penggunaan sementara Tanah Pertanian yang digunakan selain daripada tujuan pertanian (perniagaan/industri ringan) sepertimana arahan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor Bil 4 Tahun 2020 bertarikh 1 Julai 2020.  Selain daripada menjelaskan cukai tanah tahunan mengikut kadar pertanian, pemilik tanah juga perlu menjelaskan bayaran bagi permit khas berdasarkan  Fi Tahunan mengikut Kaedah 11C Kaedah Tanah Selangor Tahun 2003 (pindaan tahun 2020).

Lampiran

Tiada Lampiran.