Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

93) CUKAI TANAH

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk memberi diskaun kepada cukai tanah dalam pandemik ini?

    Sehingga kini, tiada dasar yang telah diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam mempertimbangkan pemberian diskaun atau remittance ke atas pembayaran cukai tanah dan cukai petak seiring waktu pandemik. Namun begitu, Pihak Berkuasa Negeri telah membenarkan pengecualian denda lewat (fi tunggakan) melalui perwakilan kuasa kepada Pentadbir Tanah dan Daerah. Selain itu, pemilik tanah juga boleh mengemukakan permohonan pembayaran cukai tanah dan petak secara ansuran berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

  2. Nyatakan jumlah kutipan cukai tanah dari 2015 hingga 2021 mengikut mukim.

    Untuk makluman YB, prestasi kutipan cukai tanah bagi Mukim Klang adalah sebanyak RM331,419,640.05 dari tahun 2015 sehingga Julai 2021. Manakala, prestasi kutipan cukai tanah bagi Mukim Kapar adalah sebanyak RM482,339,431.00 dari tahun 2015 sehingga Julai 2021.

    Jika dilihat daripada data yang disediakan, terdapat penurunan yang ketara pada jumlah kutipan cukai tanah bagi kedua-dua Mukim pada tahun 2018 berbanding pada tahun 2017. Penurunan ini berlaku disebabkan oleh pelaksanaan cukai petak bagi hakmilik Strata pada tahun 2018 di mana kutipan cukai tanah telah berkurang disebabkan kewujudan cukai petak.

Lampiran

Tiada Lampiran.