Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
189) CUKAI TAKSIRAN TAPAK RUMAH DAN KOMERSIAL DI KAMPUNG TRADISI MELAYU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status pengenaan cukai taksiran tapak rumah dan komersial di kampung-kampung tradisi Melayu?
Permohonan pengecualian cukai taksiran kediaman kampung secara bersasar telah ditutup pada 31 Mei 2024. Sehingga 30 Jun 2024 sejumlah 1,109 permohonan pengecualian kediaman kampung telah di terima bersamaan 1 peratus berbanding 96,586 pemilik kediaman yang telah menerima pengecualian pada tahun 2023. Keputusan permohonan pengecualian cukai kediaman kampung boleh mula disemak di PBT masing-masing bermula 1 September 2024.