Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

201) CUKAI TAKSIRAN TAHUNAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Cukai Taksiran Tahunan merupakan sumber kewangan yang penting untuk negeri Selangor dan juga PBT. Berapakah penjumlahan dan peratusan pendapatan dan hutang mengikut pecahan bagi setiap PBTdi Selangor bagi 5 tahun yang lepas?

    i) Jumlah hasil cukai Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 5 tahun lepas
    adalah seperti berikut :

    ii) Jumlah kutipan tunggakan hasil cukai Pihak BerkuasaTempatan dalam tempoh 5 tahun lepas adalah seperti berikut:

  2. Bagaimanakah Cukai Taksiran digunakan untuk setiap PBT?

    Cukai taksiran yang dikutip di setiap PST digunakan untuk perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

    a. Perbelanjaan Mengurus terdiri daripada perbelanjaan seperti berikut:
    i) Emolumen – untuk membayar gaji dan elaun kakitangan di PST tersebut.
    ii) Sewaan.
    iii) Pembelian bekalan bahan untuk penyelenggaraan
    iv) Pembaikan bangunan.
    v) Pembayaran bil-bil utiliti.
    vi) Pengurusan sampah di kawasan PST.

    b. Perbelanjaan Pembangunan pula terdiri daripada perbelanjaan seperti berikut:
    i) Pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur. Pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam.
    ii) Pembangunan kemudahan perniagaan.
    iii) Pembangunan sistem jalan raya, perparitan dan jambatan.
    iv) Kawalan banjir
    v) Kawalan penyakit dan vektor.

  3. Apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk menuntut tunggakan yang belum di jelas dan ganjaran yang akan diambil untuk pemilik pemegang hartanah?

    Usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menuntut tunggakan yang belum dijelaskan adalah seperti :

    a. Mengadakan aktiviti turun padang ke premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran tinggi.
    b. Menyenaraikan nama si berhutang yang mempunyai tunggakan melebihi kadar tertentu di laman web PBT.
    c. Memasukkan syarat penyelesaian tunggakan cukai taksiran terlebih dahulu sebelum mana-mana kebenaran perancangan pembangunan diluluskan.
    d. Mengadakan kaedah ‘personal approach’ yang mana perbincangan dibuat berkenaan pembayaran secara ansuran atau kontra hartanah yang baik dengan tunggakan.
    e. Menyekat kelulusan CF bagi pemaju-pemaju yang tidak menjelaskan cukai taksiran atau mempunyai kadar tunggakan yang tinggi.
    f. Bekerjasama dengan jabatan teknikal untuk tidak memproses dokumen-dokumen permohonan bagi pemaju yang mempunyai tunggakan
    g. Bekerjasama dengan Pejabat Tanah Dan Daerah untuk tidak memproses proses jual beli harta bagi pemilik yang masih belum menjelaskan cukai taksiran
    h. Mengenakan tindakan waran tahanan bagi pemilik yang mempunyai tunggakan melebihi kadartertentu. Contohnya- RM250.00
    i. Mengenakan tindakan undang-undang bagi pemilik yang mempunyai tunggakan melebihi kadar tertentu. Contohnya-RM750.00
    j. Memberi diskaun 100% atas caj denda lewat tahun 2008 dan 70% denda lewat bagi sebelum 31 Disember 2007 ( bagi pembayaran tunggakan cukai taksiran bermula 14 April 2008 sehingga 30 Jun 2008)
    k. Memberi kelonggaran membayar secara ansuran sekiranya pemilik harta ada masalah kewangan dengan minima tunggakan RM1000 ke atas dan bilangan ansuran tidak lebih 10 kali.

    Buat masa ini tiada ganjaran yang besar diberikan memandangkan cukai pintu merupakan tanggungjawab bagi setiap pemilik harta tersebut. Inisiatif Majlis ada kalanya menyediakan cendera hati bagi pembayar cukai yang terawal dan mengadakan cabutan bertuah sebagai tanda terima kasih di atas bayaran yang diterima daripada penduduk.

Lampiran

Tiada Lampiran.