Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
270) CUKAI TAKSIRAN RUMAH-RUMAH MURAH ATAU RUMAH-RUMAH KAMPUNG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah PBT masih mengeluarkan notis dan bil kepada penduduk untuk membayar cukai taksiran yang telah dikecualikan sehingga mengelirukan penduduk?
Pengecualian cukai taksiran bagi Kediaman Kos rendah dan kediaman kampung bermula dari tahun 2016 sehigga kini. Notis dan bil hanya dikeluarkan kepada pemilik yang mempunyai tunggakan yang belum dijelaskan.
-
Adakah kadar cukai taksiran ditentukan mengikut nilai keluasan tanah atau nilai hartanah tersebut?
Semua Pihak Berkuasa Tempatan mengguna pakai Nilai Tahunan iaitu anggaran sewa kasar sesuatu hartanah tersebut. Faktor keluasan tanah dan bangunan diambil kira dalam menentukan cukai taksiran.
-
Berapakah jangka masa sesuatu hartanah tersebut dinilai semula?
Merujuk kepada seksyen 137(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], sesuatu nilaian baru hendaklah disediakan tiap-tiap lima tahun atau suatu tempoh yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri.