Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

93) CUKAI TAKSIRAN PBT

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kadar kenaikan cukai taksiran yang telah diluluskan oleh setiap PBT.

    Jumlah kenaikan cukai taksiran yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri hendaklah tidak melebihi 25% dari cukai taksiran sedia ada. Bagi pengenaan cukai taksiran kategori perubahan matan atau perubahan kegunaan pegangan adalah berdasarkan kadar sebenar di tapak yang telah dinilai semula. Dengan kelulusan ini, 12 PBT di Selangor memperoleh tambahan pendapatan keseluruhan sebanyak RM382 juta setahun. Perincian kenaikan cukai taksiran keseluruhan mengikut PBT adalah seperti jadual berikut:

     

    Bil. PBT Jumlah Cukai Sebelum Penilaian Semula

    (RM)

    Jumlah Cukai Selepas Penilaian Semula

    (RM)

    Jumlah Kenaikan Cukai Jumlah Tambahan Hasil 

    (%)

    1 MBS 338,253,136.90 395,720,144.20 57,467,007.30 16.99
    2 MBPJ 287,806,592.07 359,860,544.40 72,053,952.33 25.04
    3 MBDK 222,542,218.66 265,190,442.42 42,648,223.76 19.16
    4 MBSJ 221,579,283.24 268,340,739.44 46,761,456.20 21.10
    5 MPAJ 113,413,873.34 134,411,599.16 20,997,725.82 18.51
    6 MPKJ 122,366,010.70 156,919,907.08 34,553,896.38 28.24
    7 MPS 126,280,022.46 152,596,731.99 26,316,709.53 20.84
    8 MPS 150,216,087.14 191,998,338.22 41,782,251.08 27.81
    9 MPK 48,116,571.98 62,580,794.10 14,464,222.12 30.06
    10 MPK 44,940,220.09 53,869,291.40 8,937,155.17 19.89
    11 MPH 69,840,974.49 84,559,018.70 14,718.044.21 21.07
    12 MDS 7,256,054.98 8,925,005.38 1,668,950.40 23.00
    JUMLAH 1,752,611,046.05 2,134,972,556.49 382,369,594.30 21.82

Lampiran

Tiada Lampiran.