Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

91) CUKAI TAKSIRAN PBT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan rizab tunai setiap PBT sehingga sekarang tanpa mengambil kira deposit- deposit oleh pemaju dan kontraktor-kontraktor.

    Berikut disenaraikan rizab tunai di setiap PBT bagi tahun 2010 seperti di Lampiran A.

  2. Berapa banyak cukai taksiran PBT yang diterima setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2010 dan kutipan cukai taksiran PBT sehingga sekarang pada tahun 2011?

    kutipan cukai taksiran tunggakan 70% bagi setiap PBT Negeri Selangor. Pada tahun 2008, sebanyak RM879.18 Juta telah dikutip dan meningkat 4% pada tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak RM914.37 Juta dan RM948.84 Juta. Sehingga Jun 2011 untuk penggal pertama PBT telah mengutip sebanyak RM436.75 Juta dan akan bertambah pada penggal kedua. Berikut pecahan jumlah kutipan cukai taksiran dari tahun 2008 sehingga 2011 mengikut PBT.

    PBT 2008 (RMJuta) 2009 (RM Juta) 2010 (RM Juta) 2011

    ( Penggal Pertama)

    (RM Juta)

    MBSA 145.75 142.33 146.24 82.98
    MBPJ 161.36 164.98 171.9 86.33
    MPK 127.51 134.88 137.09 7.43
    MPAJ 75.33 80.13 82.08 43.62
    MPSJ 143.16 149.42 155.45 79.80
    MPS 68.98 74.19 79.68 37.87
    MPKj 62.29 67.01 70.85 39.06
    MPSp 38.09 44.44 41.73 23.98
    MDKS 10.81 11.2 13.48 11.38

     

    MDHS 26.51 24.21 26.47 12.56
    MDKL 16.14 18.56 20.22 9.85
    MDSB 3.25 3.02 3.65 1.89
    JUMLAH 879.18 914.37 948.84 436.75

Lampiran

Tiada Lampiran.