Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

58) CUKAI TAKSIRAN PBT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kali terakhir kenaikan cukai taksiran di setiap PBT di Selangor

    Perubahan pada aras tahun nilaian akan menyebabkan berlakunya kenaikan pada cukai taksiran di PBT Negeri Selangor. Berikut perincian tahun nilaian mengikut PBT di Negeri Selangor:

     

    PBT Aras Tahun Nilaian
    MBSA 2006
    MBPJ 1992
    MPK 1993
    MPAJ 1997
    MPSJ 1992&1996
    MPS 1992
    MPKj 1985
    MPSp 1996
    MDKL 1987
    MDKS 1997
    MDHS 1996
    MDSB 1986

     

  2. Nyatakan kaedah yang digunakan untuk menentukan Anggaran Sewa Kasar Sebulan dan seterusnya membentuk nilai tahunan di setiap PBT

    Kaedah yang digunakan untuk menentukan Anggaran Sewa Kasar Sebulan adalah merujuk kepada Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi setahun ke setahun jika pegangan tersebut disewakan. Bagi menentukan anggaran sewaan sesuatu pegangan, PBT akan membuat kajian perbandingan kadar sewaan setara dikawasan tersebut serta merujuk kepada kadar sewaan pasaran yang boleh diperolehi melalui pelbagai sumber termasuk Laporan Penilaian Harta yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (NAPIC).

  3. Nyatakan fungsi-fungsi nilai tahunan yang ditentukan oleh PBT selain daripada untuk pengiraan cukai taksiran.

    Selain sebagai penentuan cukai taksiran, nilai tahunan juga digunakan oleh Indah Water Konsortium bagi pengiraan caj pembentungan di PBT Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.