Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

121) CUKAI TAKSIRAN DAN BIL AIR KOMERSIAL

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah projek perumahan Rumah Selangorku dan PRIMA di DUN Semenyih yang telah siap diduduki mempunyai masalah berkaitan status cukai taksiran bukan kediaman dan bil air kategori komersial yang amat membebankan?

    Sehingga 15 Jun 2024, sebanyak 4,130 unit Rumah Selangorku dan PRIMA di DUN Semenyih telah siap diduduki namun tiada aduan dikemukakan berkenaan permasalahan cukai taksiran bukan kediaman dan bil air kategori komersil kepada LPHS memandangkan Dasar Rumah Selangorku dan PRIMA hanya membenarkan pembangunan rumah tersebut atas tanah berstatus kediaman sahaja.

    Namun demikian, kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah permasalahan yang timbul bagi kediaman jenis Pangsapuri Perkhidmatan yang mana dibangunkan di atas tanah berstatuskan komersil. Oleh yang demikian, cukai taksiran dan bil air yang dikenakan kepada pemilik Pangsapuri Perkhidmatan adalah berdasarkan pada kadar komersil berbanding Pangsapuri Kediaman yang dibangunkan atas tanah status kediaman.

Lampiran

Tiada Lampiran.