Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
82) CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bangunan-bangunan zaman sekarang digunakan pelbagai fungsi. Cara pengasingan bangunan-bangunan mengikut zonning telah tidak praktikal dimana penduduk yang membeli rumah atas tanah komersial terpaksa membayar cukat taksiran mengikut kadar komersial tetapi penduduk yang membeli rumah teres yang barstatus kediaman untuk menjalankan bisnes sewa bilik seperti hotel. Adakah kerajaan berhasrat memulakan kajian dan rancangan untuk bersedia memperkenalkan cara pengiraan cukai taksiran yang lebih sesuai?
Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor sedang dalam proses penyediaan senarai nilaian baharu dan perkara ini juga akan disemak. PBT mengenakan cukai taksiran mengikut aktiviti sebenar yang dijalankan di atas tapak atau tanah tersebut. Jika terdapat syarat guna tanah adalah kediaman, aktiviti di tapak tersebut adalah perniagaan, PBT akan mengenakan kadar cukai taksiran tersebut atas kategori perniagaan.