Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
81) CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah tanah yang belum dibangunkan dihendaki membayar cukai taksiran kepada PBT?
Ya. Berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976, tanah kosong (belum ada
pembangunan), tanah kosong (cadangan pembangunan) dan tanah kosong yang
melibatkan pertukaran syarat kategori guna tanah dikenakan cukai taksiran oleh PBT. -
Dalam apakah keadaan cukai tersebut boleh dikecualikan?
Berdasarkan Seksyen 135, Akta Kerajaan Tempatan 1976, pengecualian apabila
sesuatu pegangan digunakan semata-mata bagi tujuan rekreasi, sosial atau kebajikan
dan bukan untuk mendapat keuntungan. -
Sila senaraikan tanah-tanah milik yang tidak bayar cukai taksiran bawah MPAJ
Tanah-tanah milik yang tidak bayar cukai melibatkan tanah kosong individu (orang
perseorangan) dan pihak syarikat (pemaju).