Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

60) CUKAI TAKSIRAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria-kriteria bagi nilaian baru cukai taksiran yang dikenakan oleh PBT? Bagaimana proses penilaian tersebut dilaksanakan?

    Tempoh sesuatu Senarai Nilaian cukai taksiran adalah 5 tahun. Suatu Senarai Nilaian Baru cukai taksiran boleh dibuat setelah mencapai tempoh itu selaras dengan seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan perlu memenuhi proses penilaian sebelum ianya boleh dikuatkuasakan seperti berikut:

    1. Seksyen 127 – Mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk mengenakan kadar;
    2. Seksyen 137(3) – Penyediaan Senarai Nilaian oleh PBT;
    3. Seksyen 141(1) & (3) – Pengeluaran Notis mengenai Senarai Nilaian dan semakan Senarai Nilaian dibuat (proses warta dan iklan di surat khabar);
    4. Seksyen 142(1) – Menerima bantahan secara bertulis daripada pihak yang terkilan;
    5. Seksyen 142(2) & 143(3) – Pendengaran dan siasatan terhadap bantahan; dan
    6. Seksyen 143(1) – Pengesahan Senarai Nilaian Baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.