Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
42) CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kadar penilaian semula cukai taksiran ditentukan?
Kadar penilaian semula cukai taksiran bagi semua PBT Negeri Selangor adalah menggunakan nilai tahunan di dalam mengenakan kadar cukai taksiran sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan Seksyen 130, Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].
Nilai Tahunan bagi sesuatu pegangan melalui anggaran kadar sewa tahunan pada tahun semasa (Anggaran Kadar Sewa Tahun 2020) selaras dengan Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].