Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

91) CUKAI PREMIUM TANAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kaedah pengiraan cukai premium tanah di Selangor?

     Kaedah pengiraan premium tanah di Negeri Selangor adalah mengikut Peraturan 7, Kaedah Tanah Selangor (KTS) 2005 (Pindaan 2007). Pengiraan cukai premium tanah adalah seperti berikut:-

                   i.        Bangunan kediaman untuk individu

    ¼ x 1/100 x luas tanah yang diluluskan x nilaian tanah x 99 tahun @ bersamaan 23% daripada nilaian pasara

                  ii.        Bangunan kediaman untuk syarikat

    ½ x 1/100 x luas tanah yang diluluskan x nilaian tanah x 99 tahun @ bersamaan 50% daripada nilaian pasaran

                iii.        Bangunan industri dan perniagaan

    3/4 x 1/100 x luas tanah yang diluluskan x nilaian tanah x 99 tahun @ bersamaan 74% daripada nilaian pasaran

  2. Berapakah jumlah kutipan cukai premium tanah di Selangor pada sehingga Julai 2016?

    Sehingga 15 Julai 2016, jumlah kutipan cukai premium tanah di Negeri Selangor adalah sebanyak RM974,874,309.18. Pecahan mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.

    LAMPIRAN A

     

    KUTIPAN HASIL PREMIUM TANAH DI NEGERI SELANGOR SEHINGGA 15 JULAI 2016

    DAERAH  

    JUMLAH

    (RM)

    Petaling 622,701,282.81
    Hulu Langat 125,677,302.89
    Gombak 83,651,657.05
    Klang 70,433,723.37
    Sepang 33,378,852.40
    Kuala Selangor 22,384,761.44
    Kuala Langat 10,537,901.25
    Sabak Bernam 3,270,795.00
    Hulu Selangor 2,838,032.97
    JUMLAH 974,874,309.18
    (Sumber : Laporan Hasil – SPEKS (M021) pada 15 Julai 2016)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.